Home Semasa Keadaan Tun M makin stabil – Marina Mahathir

Keadaan Tun M makin stabil – Marina Mahathir

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan semakin stabil.

Perkara tersebut dinyatakan oleh anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir.

Menurutnya, Tun M telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semenjak 2 hari lalu lanjutan prosedur elektif yang dilaksanakan pada 8 Januari 2022.

“Keadaan beliau (Tun M) kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut,

“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon rakyat mendoakan Tun M segera sembuh sepenuhnya,” kata Marina dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Tun M telah dirawat di IJN sejak 2 hari lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!