Home Pertahanan dan Keselamatan Warga emas cuba seludup 4 PATI ditahan

Warga emas cuba seludup 4 PATI ditahan

by Nurulhuda

SABAK BERNAM, 19 Jan – Tindakan seorang warga emas dipercayai tekong darat yang cuba untuk menyeludup keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal, apabila kenderaan dinaiki ditahan anggota polis di Taman Berkat, pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Superintendan Rizal Mohamed berkata, pihaknya sebelum itu melakukan rondaan kira-kira 11.30 malam di Bagan Sungai Besar dan telah menahan kereta tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pada kenderaan mendapati lelaki tempatan tersebut cuba menghantar 2 lelaki dan 2 wanita berusia antara 13 hingga 45 tahun kepada tekong laut semasa diserbu.

“Pemeriksaan mendapati kesemua individu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah dan dipercayai ingin pulang ke negara asal melalui laluan yang tidak diwartakan menggunakan jalan laut,

“Siasatan lanjut polis juga telah menahan seorang lagi lelaki warga asing berusia 51 tahun yang bertindak sebagai penghubung kepada tekong laut berhampiran lokasi kejadian,”katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Rizal berkata, kesemua 6 tangkapan dan rampasan telah dibawa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963.

Tambahnya, anggaran keseluruhan rampasan termasuk sebuah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM23,380.

Rampasan membabitkan kenderaan dan wang tunai RM 8,380,

“Semua tangkapan menjalani saringan bagi mencegah penularan COVID-19 di kalangan pesalah dan polis,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Rizal menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada polis berhubung aktiviti yang menyalahi undang-undang ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!