603
ABU DHABI, 19 Jan – Kementerian Pendidikan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mewajibkan pelajar sekolah untuk menjalani ujian saringan PCR setiap 2 minggu.
Arahan tersebut dibuat bagi memastikan proses pembelajaran secara semuka di negara teluk itu berjalan dengan lancar.
“Para pelajar dikehendaki untuk mengemukakan keputusan negatif COVID-19 dalam tempoh 96 jam,” lapor media UAE.
Jelasnya, arahan ini akan kekal sehingga terdapat keperluan baharu dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan. – airtimes.my