Home SemasaGlobal Operasi Badai Yaman: 20 dron dan 5 peluru berpandu balistik disasarkan terhadap UAE

Operasi Badai Yaman: 20 dron dan 5 peluru berpandu balistik disasarkan terhadap UAE

by M.Daim

SANAA, 18 Jan –  Tentera Yaman mengesahkan serangan terhadap Abu Dhabi pada pagi Isnin merupakan permulaan operasi ketenteraan terhadap negara teluk itu.

Jurucakap Tentera Yaman, Brigedier Jeneral Yahya Saree menyatakan serangan adalah sebagai tindak balas terhadap penglibatan negara Emiriyah Arab Bersatu dalam konflik di negara pesisir Teluk Aden itu.

“Kami melancarkan Operasi Badai Yaman sebagai tindak balas terhadap serangan di Yaman,

“Operasi ini mensasarkan lapangan terbang di Dubai dan Abu Dhabi, kilang penapisan minyak serta beberapa sasaran yang telah dikenalpasti,” katanya dalam satu siaran video di media sosial.

Menurut beliau, warga asing dan penduduk di UAE untuk menjauhi kawasan-kawasan berkepentingan agar tidak menjadi mangsa serangan.

Yahya turut tidak menolak akan berlaku beberapa serangan baharu terhadap sasaran lain di masa akan datang.

Siaran video pengumuman beliau disiarkan beberapa jam selepas serangan dron terhadap UAE yang meragut 3 nyawa pekerja asing di fasiliti minyak Musaffah.

Dalam pada itu, Yahya mengesahkan hampir 20 dron dan 5 peluru berpandu balistik dilancarkan terhadap beberapa sasaran berkepentingan di negara teluk.

Serangan dron di Abu Dhabi telah membawa kepada beberapa siri serangan udara oleh pasukan tentera bersekutu Arab Saudi terhadap ibu negara Yaman, Sanaa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!