Home PolitikBarisan Nasional BN kekal pendirian, bertanding solo – Khaled Nordin

BN kekal pendirian, bertanding solo – Khaled Nordin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Jan – UMNO melalui Barisan Nasional kekal (BN) dengan pendirian untuk bertanding secara sendirian dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak bersama komponen itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendirian UMNO tidak berubah dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak bersama BN.

“Saya juga tegaskan kepada ahli parti bahawa pendirian kita jelas dan tidak berubah,

“UMNO melalui BN akan bertanding solo dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak bersama BN,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan jentera Pusat Daerah Mengundi Keembong di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.

Menurutnya, BN akan kembali dominan dan kembali mentadbir serta mengembalikan kestabilan termasuk kesejahteraan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Khaled turut mengingatkan MCA supaya memainkan peranan dengan mengembalikan semula sokongan pengundi Cina.

“Walaupun Johor Jaya di bawah pembangkang, tetapi ahli UMNO kekal setia dan bekerja keras untuk pastikan BN kembali menawan semula kerusi Dun Johor Jaya,

“Saya juga tekankan kepada MC bahawa sangat penting mereka bekerja kuat dan memainkan peranan membawa semula pengundi kaum Cina kembali kepada BN,” tambahnya.

BN telah bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November tahun lalu dan menang besar dengan menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sementara itu, ketika Perhimpunan Agung UMNO, Presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menegaskan UMNO akan bertanding secara sendirian pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Kerajaan Johor yang kini dipimpin Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai kelebihan satu kerusi susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember tahun lalu.

BN mempunyai 16 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (11) dan PAS pula satu kerusi menjadikan keseluruhan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) mempunyai 27 kerusi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!