KUALA LUMPUR, 15 Jan – Seramai 5,183 anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penjawat awam Kementerian Pertahanan telah menerima suntikan vaksin COVID-19, pada Jumaat.
Markas Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Program Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu dos penggalak Zon Lembah Klang telah berlangsung selama 2 hari bermula 13 dan 14 Januari 2022 di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi.
“Seramai 5,183 orang anak-anak anggota ATM dan penjawat awam Kementerian Pertahanan terlibat di dalam PPV Pandu Lalu dos penggalak Zon Lembah Klang pada 13 dan 14 Januari 2022,
“Program ini dilihat dapat mengurangkan kadar jangkitan wabak COVID-19 di kalangan anggota dan keluarga tentera,
“Selain itu, ia mampu mengukuhkan aspek kesihatan seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga,” jelas 12 Briged. -airtimes.my