TAWAU, 14 Jan – Hasrat 4 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba memasuki ke negara gagal apabila berjaya di halang oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Tanjung Saima, Pulau Sebatik, semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Polis Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya telah menahan sebuah bot yang dijurangi oleh seorang warga tempatan.
“4 orang penumpang yang terdiri daripada 3 lelaki dewasa dan 1 wanita dewasa yang berusia diantara 40 tahun hingga 54 tahun,
“Jurangan dan penumpang telah diberi penerangan berkenaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19,” katanya.
Menurutnya, bot yang membawa 4 PATI telah diiring keluar dari perairan negara serta diarahkan supaya tidak memasuki semula ke negara berikutan bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19. – airtimes.my