Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot, 5 kru warga Myanmar langgar syarat sah lesen

APMM tahan bot, 5 kru warga Myanmar langgar syarat sah lesen

by Air Times News Network

LUMUT, 14 Jan – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot tempatan Kelas C kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan lebih kurang 5.5 batu nautika timur Pulau Jarak, pada Selasa.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, turut ditahan 5 kru warga Myanmar termasuk tekong yang tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Tangkapan itu dilakukan oleh Kapal Maritim (KM) Nyalau yang sedang melaksanakan Operasi (Op) Benteng dan Op PINTAS di persempadanan perairan Negeri Perak,

“Bot dan 5 kru tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen dan Akta Imegresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Shahrizan, bot bersama kru serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 300 kilogram (kg) itu diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Negeri Perak untuk tindakan lanjut. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply