JOHOR BAHRU, 13 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan sebuah kapal tangki disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, semalam.
Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pasukannya sedang melaksanakan rondaan telah menemukan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Pelabuhan Klang pada jam 3.20 petang.
“Pemeriksaan awal dilakukan mendapati 6 kru warga Indonesia berumur diantara 25 hingga 52 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,
“Hasil pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati kapal tangki bersauh tanpa sebarang dokumen daripada Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, nakhoda dan ketua jurutera kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat APMM Johor untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” ujarnya. – airtimes.my