Home Pertahanan dan Keselamatan PKP tidak akan dilaksanakan – Hishammuddin

PKP tidak akan dilaksanakan – Hishammuddin

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ZkUn9jBwrZM[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran tidak akan dilakukan.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sidang media khas pasca mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 di Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini.

Menurut beliau, negara sekarang berada di landasan untuk memasuki fasa endemik.

“Ini adalah ke arah kita untuk memasuki fasa endemik. Usaha ini tertangguh berikutan kes Omicron, banjir dan juga kluster COVID-19 di kalangan pengembara,

“Semua negeri kini telah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara,” jelasnya.

Beliau menambah, kerajaan memantau rapat penularan varian Omicron di negara ini.

“Sebahagian besar kes Omicron adalah berpunca dari kepulangan pengembara dari luar negara,

“Kerajaan tidak menolak untuk menyekat pengerakan keluar masuk sekiranya risiko masih tinggi di negara destinasi,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!