SEOUL, 11 Jan – Peluru berpandu balistik Korea Utara yang dilancarkan pada hari ini dilaporkan telah mencapai kelajuan Mach 10 bersamaan 10 kali ganda kelajuan bumi.
Pihak Tentera Korea Selatan menyatakan analisis pihak mereka mendapat peluru berpandu yang dilancarkan pada hari ini berjaya mencapai altitud 60 kilometer (km) dan terbang jauh melebihi jarak 700 km dari tapak pelancaran.
“Kami mendapati pelancaran pada kali ini menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding pada 5 Januari lalu,” lapor media Korea Selatan yang memetik kenyataan pihak tentera.
Menurutnya, mana-mana pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara boleh menjejaskan keamanan dan mempertingkatkan ketegangan di antara Pyongyang dengan dunia. – airtimes.my