Home Semasa Harapkan Azam Baki, SPRM hilang integriti – AMK

Harapkan Azam Baki, SPRM hilang integriti – AMK

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=oCBGy3WC0O4[/embedyt]

PUTRAJAYA, 10 Jan – Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Thiban Subbramaniam hari ini menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan bebas dan menyeluruh terhadap isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya agensi itu, Tan Sri Azam Baki.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan plakad sebagai simbolik pendirian pihaknya yang mewakili rakyat Malaysia dalam isu tersebut.

“SRPM adalah satu-satunya agensi yang menjaga integriti nasional. Namun, dalam krisis ini, SPRM telah hilang integriti,

“Untuk itu, kita tampil mesej dari rakyat – Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Azam Baki, SPRM hilang integriti,” katanya.

Beliau menegaskan, sekiranya SPRM mempunyai kewibawaan dan integriti, siasatan bebas perlu dijalankan dan pada masa yang sama Azam Baki dikehendaki undur segera dari mengetuai agensi itu.

Terdahulu, Thiban bersama beberapa pemimpin dan ahli AMK hadir ke Konvoi Protes Selamatkan SPRM yang diadakan di Putrajaya.

Turut hadir, Ketua AMK Malaysia yang juga Ahli Parlimen Johor, Akmal Nasir.

Semalam, SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya berpegang teguh dan bersatu hati untuk mempertahankan kepimpinan Azam Baki.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai sokongan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Menurut kenyataan itu, serangan dan tohmahan yang dihadapi oleh Azam Baki adalah bersifat dendam serta bermotifkan politik. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!