Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot tunda dan barge berlabuh tanpa kebenaran

APMM tahan bot tunda dan barge berlabuh tanpa kebenaran

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 10 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang berjaya menahan sebuah bot tunda Nautillus dan barge ‘Singa Besar’ yang melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran oleh Ketua Jabatan Laut Malaysia semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot tunda dan barge tersebut ditahan semasa pihak APMM melakukan rondaan pada jarak 0.5 batu nautika barat Penaga jam 10.15 pagi.

“Mereka gagal mengemukakan dokumen kebenaran berlabuh dari Pengarah Laut Malaysia ketika diminta,

“Barge bermuatan jentera serta bot tunda dikendalikan 8 kru termasuk nakhoda yang terdiri daripada 6 warga Indonesia dan 2 warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 48 tahun, memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah,” katanya.

Menurut Abd Razak, kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!