Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok tidak bercukai di Tawau

Polis Marin rampas rokok tidak bercukai di Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 6 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas rokok tidak bercukai di percayai di seludup dari negara jiran di Kampung Hidayat, Batu 4, Tawau, malam semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Polis Ridzauddin Selamat berkata, bertindak atas maklumat pihaknya telah menyerbu sebuah rumah kosong yang dipercayai tempat penyimpanan rokok tidak bercukai.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa plastik hitam dan karung berwarna putih yang berisi rokok pelbagai jenama,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM13,648.80. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,

“Kesemua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, pihak PPM menggalakan masyarakat untuk menyalurkan maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya melibatkan rentas sempadan. – airtimes,my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!