CANBERRA, 6 Jan – Australia dan Jepun telah menandatangani Perjanjian Akses Timbal Balik (Reciprocal Access Agreement, RAA), hari ini.
“RAA menggariskan komitmen Australia dan Jepun dalam mempertingkatkan kerjasama bilateral pertahanan serta keselamatan,
“Ini bagi mendukung matlamat bersama dalam memastikan keamanan dan kestabilan rantau Indo-Pasifik,” kata kenyataan bersama Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida.
Menurutnya, perjanjian ini akan mewujudkan aturan tetap untuk beberapa aktiviti bersama antara Angkatan Tentera Australia (Australian Defence Force, ADF) dan Pasukan Pertahanan Jepun (Japan Self-Defense Forces, JSDF). Ia merangkumi latihan bersama, operasi bantuan bencana,
“Perjanjian ini akan memperkukuhkan daya saling operasi dan keupayaan pasukan tentera kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk mewujudkan Deklarasi Bersama dalam Kerjasama Keselamatan (Joint Declaration on Security Cooperation) yang baharu sebagai panduan Australia dan Jepun. – airtimes.my