Home Pertahanan dan Keselamatan Pemegang kad UNHCR tidak kebal dari tindakan undang-undang

Pemegang kad UNHCR tidak kebal dari tindakan undang-undang

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan pemegang kad UNHCR tidak terkecuali dari tindakan sekiranya melakukan jenayah.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuasa menahan serta mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan jenayah dan melanggar undang-undang dalam negara,” katanya dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Beliau menambah, semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk warga asing serta pemegang kad UNHCR tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

“Setiap orang yang berada dalam negara ini adalah sama di sisi undang-undang,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!