SEOUL, 5 Jan – Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik ke Laut Jepun, hari ini.
Tentera Korea Selatan menyatakan peluru berpandu tersebut telah dilancarkan kira-kira 8.10 pagi waktu tempatan (7.10 pagi waktu Malaysia).
“Analisis terperinci sedang dijalankan secara bersama antara Korea Selatan-Amerika Syarikat,” lapor agensi Yonhap.
Pelancaran terbaharu ini merupakan yang pertama dilakukan oleh negara komunis itu untuk tahun 2022.
Sementara itu, pihak Pengawal Pantai Jepun melaporkan objek yang dilancarkan telah jatuh di barat perairan negara itu.
“Pihak tentera dan pengawal pantai sedang mengenal pasti sama ada pelancaran tersebut telah mengenai kapal di kawasan terbabit,” lapor NHK. – airtimes.my