Home SemasaGlobal Jepun, Australia bakal perkukuh kerjasama pertahanan bilateral

Jepun, Australia bakal perkukuh kerjasama pertahanan bilateral

by M.Daim

CANBERRA, 5 Jan – Australia dan Jepun akan mempertingkatkan kerjasama pertahanan dua hala dengan menandatangani perjanjian pertahanan baharu, esok.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dalam satu kenyataan berkata, perjanjian tersebut akan dimeterai dalam mesyuarat secara maya dengan rakan sejawatannya, Kishida Fumio, esok.

“Perjanjian baharu ini akan mempertingkatkan kerjasama antara tentera kedua-dua negara. Ianya akan merangkumi rangka kerja yang lebih jelas dan nyata,

“Ini sekaligus meningkatkan tahap daya saling operasi antara pasukan tentera,

“Perjanjian ini merupakan satu detik bersejarah dan membuka lembaran baharu dalam kerjasama pertahanan Australia-Jepun,” katanya.

Beliau menambah, perjanjian Reciprocal Access Agreement merupakan simbolik pendirian Australia dan Jepun dalam menghadapi cabaran secara bersama bagi mendukung matlamat rantau Indo-Pasifik sebagai bebas serta terbuka. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!