ROMPIN, 5 Jan – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penebangan ihsan dengan membawa seorang pesakit lelaki dari Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), semalam.
TUDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, pesakit yang berumur 46 tahun ini mengalami Left Incarcerated Inguinal Hernia dan memerlukan rawatan kecemasan di daerah Rompin.
“Penugasan Op Murni TUDM diteruskan melibatkan Medical Evacuation (MEDEVAC) di Lapangan Terbang Tekek, Pulau Tioman,
“Pesawat EC 725 AP dari No 10 Skuadron telah diatur gerak bagi membantu pesakit lelaki tersebut pada jam 2.00 petang,
“Pesakit telah selamat mendarat di Padang Kemunting, Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 sebelum dihantar ke HTAA dengan menggunakan ambulans,” jelas TUDM.
Penerbangan kali ini telah dikendalikan oleh Mejar Mohd Asrul Junid TUDM dan Juruterbang Mejar Rakeshswaran A/L Murty TUDM, Kuartermaster Udara serta dibantu 2 orang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU).-airtimes.my