Home Semasa Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Johor

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Johor

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku membabitkan lima kawasan di Johor mulai hari ini.

MetMalaysia menerusi hantaran di media sosialnya berkata, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bharu.

Menurut kenyataan itu, amaran hujan berterusan tahap buruk juga dikeluarkan bagi negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); Negeri Sembilan; Melaka; Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi); Sandakan, Sabah (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat, Sabah sehingga Isnin ini,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Tambah MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan; Terengganu; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh); Pantai Barat, Sabah (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan, Sabah (Kinabatangan) sehingga Selasa (4 Januari),

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Selangor; Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga Isnin ini,” tambahnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply