KUALA LUMPUR, 31 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran berlakunya ribut petir dan hujan lebat akan berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, negeri Sembilan dan Melaka.
Amaran sehingga pukul 12 tengah hari itu melibatkan daerah Hilir Perak di Perak manakala Sabak Bernam dan Kuala Selangor di Selangor.
“Di Negeri Sembilan, cuaca buruk ini dijangka berlaku sekitar Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,
“Selain itu, keadaan yang sama melibatkan keseluruhan negeri Melaka petang ini,” jelas MetMalaysia menerusi hantaran di media sosialnya.
Tambah kenyataan itu, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. -airtimes.my