KUALA LUMPUR, 30 Dis – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan 3 wanita warganegara Indonesia bagi membantu kes perbicaraan di Mahkamah.
JIM dalam satu kenyataan berkata, individu tersebut dikenali Ginata Putri, 26, bernombor pasport B8853278, Supriyanti, 25, bernombor pasport C1419441 dan Mia Sri Anjani, 26, yang memegang pasport bernombor AT438019.
Mereka dikehendaki bagi kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1963.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Wan Mazlyna Che Mat, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. -airtimes.my