Home Pertahanan dan Keselamatan Gelombang kedua banjir: ATM atur gerak anggota, aset ke 86 lokasi di seluruh negara

Gelombang kedua banjir: ATM atur gerak anggota, aset ke 86 lokasi di seluruh negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengaturgerak seramai 115 pegawai dan 2,768 anggota serta aset ke 86 lokasi di seluruh negara bagi menghadapi gelombang kedua banjir.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, aturgerak ini adalah bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi-agensi berkaitan.

“Perancangan ATM ini akan dikemaskini dari masa ke masa mengikut situasi banjir di sesebuah negeri dan sesuatu kawasan,

“Saya serta kepimpinan tertinggi ATM dan Kementerian Pertahanan akan memastikan ATM terus melakukan segala usaha yang terdaya demi memelihara keselamatan rakyat sepanjang musim banjir ini,” katanya.

Menurutnya, aset yang akan digerakkan 6 unit trak 7 tan, 160 unit trak 3 tan, 129 unit bot dan 109 unit enjin bot.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja dan tinjauan di Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 bgd), hari ini.

Hishammuddin berkata, demi memastikan kesiagaan anggota ATM dan aset dalam menghadapi gelombang kedua banjir ini, ATM telah melaksanakan pendekatan dengan meletakkan 1 Batalion dalam keadaan bersiap siaga di setiap negeri untuk diaturgerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan.

“Mengaturgerak pegawai bertanggungjawab ke semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri/Daerah dan meletakkan pasukan perubatan ATM dalam keadaan sedia bagi melaksanakan bantuan perubatan dan kawalan pencegahan jangkitan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS),

“Pendekatan lain adalah merancang koordinasi bantuan pesawat udara ATM; memastikan hospital dan poliklinik ATM sentiasa dalam keadaan siap siaga,

“Bilangan anggota akan ditambah bagi melaksanakan operasi menghantar barang keperluan dan makanan ke PPS serta kawasan yang terputus hubungan jalan darat termasuk memasak di PPS,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!