Home Semasa Banjir: Laluan Dabong-Jeli dan Jeli Lama ditutup – JKR

Banjir: Laluan Dabong-Jeli dan Jeli Lama ditutup – JKR

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Jabatan Kerja Raya (JKR) Jeli, Kelantan memaklumkan berlakunya bencana banjir di Jalan Dabong-Jeli dan Jalan Jeli Lama, hari ini.

Menurut JKR Jeli dalam hantaran di media sosialnya berkata, banjir di Jalan Dabong-Jeli berlaku pada jam 11 pagi yang melibatkan sepanjang 800 meter dengan kedalaman paras air 0.75 meter.

Manakala di Jalan Jeli lama pula air banjir mulai naik pada jam 11.45 pagi yang melibatkan sepanjang 650 meter dengan kedalaman paras air 0.76 meter.

Laluan Jalan Jeli lama

Tambahnya, laluan Jalan Dabong-Jeli ditutup kepada kenderaan ringgan dan di Jalan Jeli Lama ditutup kepada semua kenderaan serta paras air semakin meningkat. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!