KUALA LUMPUR, 30 Dis – Malaysia merupakan negara ke-4 tertinggi mencatatkan kes kebocoran kata laluan di Asia Tenggara.
Menurut kajian syarikat Nord Security, sebanyak 32.71 juta kata laluan di negara telah bocor.
Sementara itu, Filipina mencatatkan kes tertinggi iaitu 66.44 juta dan diikuti oleh Indonesia sebanyak 57,79 juta.
Vietnam pula mencatatkan sebanyak 42.588 juta kes.
Jelas pihak Nord Security, Malaysia mempunyai kadar kes per kapita yang tinggi berbanding negara serantau.
“Malaysia mencatatkan nisbah 1.011 per kapita manakala Filipina sebanyak 0.606,” katanya.
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia dan Filipina merupakan 2 negara yang mempunyai kadar risiko kebocoran kata laluan yang sederhana.
“Indeks risiko adalah terbahagi kepada 3 kelas iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Indeks tersebut telah disesuaikan mengikut nisbah kata laluan bocor per kapita,
“Indonesia, Thailand dan Filipina pula dalam kelas risiko rendah,” jelasnya. – airtimes.my