Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin patahkan cubaan seludup rokok di Lahad Datu

Polis Marin patahkan cubaan seludup rokok di Lahad Datu

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 29 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya mematahkan cubaan seludup rokok tidak bercukai di kawasan Bangunan Ko Nelayan Lahad Datu pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, pasukannya telah menemui rokok tidak bercukai yang ditinggalkan di kawasan tersebut.

“Pihak polis juga menemui rokok tidak bercukai di bahagian bawah bangunan Ko Nelayan tersebut. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM32,968,

“Kesemua rokok seludup dan perahu telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, semalam. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!