Home Semasa 4 negeri diramal banjir bermula Jumaat dan Sabtu – JPS

4 negeri diramal banjir bermula Jumaat dan Sabtu – JPS

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) meramalkan banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor susulan amaran hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam.

JPS berkata, banjir dijangka akan melanda Kelantan pada 31 Disember jam 8 malam di Lembangan Sungai Kelantan melibatkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang.

“Manakala Lembangan Sungai Golok melibatkan Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Di Terengganu pula bermula pada 31 Disember pada jam 8 malam yang di Lembangan Sungai Besut melibatkan daerah Besut, Lembangan Sungai Terengganu pula melibatkan Terengganu serta kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

Manakala di Pahang, bermula pada 1 Januari 2022 jam 8 pagi di Lembangan Sungai Pahang melibatkan daerah Maran, Temerloh, Jerantut, Kuantan (Sungai Lembing) dan Rompin serta kawasan sekitarnya.

Turut terlibat pada 1 Januari 2022 adalah di Johor pada jam 8 malam di Lembangan Sungai Merisng melibatkan daerah Mersing serta kawasan sekitarnya.

Justeru, JPS menasihati penduduk di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

“Sila dapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau di Facebook PublicInfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!