Home Semasa Bukan ‘berposing’, Rina Harun bantu bersihkan sekolah termasuk kesan najis unggas, cicak – JKM

Bukan ‘berposing’, Rina Harun bantu bersihkan sekolah termasuk kesan najis unggas, cicak – JKM

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 27 Dis – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sebenarnya mencuci najis unggas dan cicak dalam sebuah video tular yang mendakwa beliau ‘berlakon’ melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di media sosial, semalam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjelaskan, selaku jabatan yang menguruskan Operasi Pasca Banjir, pihaknya telah memohon kesudian menteri itu untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi sukar dicucikan sebelum ini.

“Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM, dan beliau melakukan kerja tersebut dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka,

“JKM sekali lagi ingin menegaskan bahawa keterlibatan Datuk Seri Rina bukanlah sekadar membersihkan simen tersebut, malah beliau telah sama- sama melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah berkenaan,” kata JKM dalam kenyataan pada Ahad.

Semalam, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan aksi Rina didakwa hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih di sekolah berkenaan.
Sekolah itu dijadikan sebagai PPS bermula 18 hingga 23 Disember dan perlu dipulangkan dalam keadaan bersih.

JKM menjelaskan, Rina turut serta dalam operasi itu, bukan sekadar pembersihan kawasan, malah turut bersama Sukarelawan Keluarga Malasia yang lain mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap serta menyusun atur kerusi dan meja memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.

“Datuk Seri Rina juga turut mengemas khemah-khemah yang digunakan oleh mangsa banjir untuk simpanan bagi kegunaan akan datang,

“Justeru, JKM berasakan tidak adil para netizen membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha dan penglibatan Rina dalam operasi pembersihan ini,” tambahnya.

Pada masa yang sama, JKM turut menyeru dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malasia untuk tampil mendaftar dan terlibat menjadi Sukarelawan Keluarga Malaysia dalam misi membantu operasi pasca banjir, dari membuat serta menyebarkan provokasi yang tidak bermanfaat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!