Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran di Pulau Pinang

APMM tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran di Pulau Pinang

by Nurulhuda

GEORGETOWN, 26 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah kapal kargo di kedudukan 0.7 batu nautika barat Bagan Ajam, Jumaat lalu.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kapal kargo MV KONG sepanjang 59.97 meter yang didaftarkan di Sierra Leone dipercayai melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

Menurutnya, kapal itu dikendalikan 9 kru, termasuk nakhoda (master) dengan 3 daripada mereka warga Indonesia yang berusia 41 hingga 47 tahun dan 6 lagi warga Iran berusia 34 hingga 47 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia,

“Kapal dan kru tersebut dibawa ke Jeti PPM Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial milik APMM, semalam.

Tambahnya, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!