Home Semasa Plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam dibuka secara berperingkat

Plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam dibuka secara berperingkat

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 20 Dis – Plaza tol dan persimpangan bertingkat Shah Alam akan dibuka semula secara berperingkat kepada semua pelangggan pengguna lebuh raya.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya masih menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan kenderaan yang terkandas. Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan ke atas aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak disebabkan banjir juga dilaksanakan.

“Laluan yang terjejas kini dibuka secara berperingkat,

“Namun PLUS menasihati agar para pelanggan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran kerana masih ada di beberapa bahagian jalan yang masih ditakungi air,” kataya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zakaria Ahmad Zabidi menasihati pengguna lebuhraya untuk menyemak status banjir semasa dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan serta mendapatkan maklumat terkini di laman web PLUS.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pihaknya turut bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), JPAM, serta semua agensi-agensi lain,

“Tidak lupa orang perseorangan yang terbabit dalam misi menyelamat dan memindahkan pelanggan lebuh raya yang terkandas terutamanya mereka yang memberikan kerjasama demi memastikan operasi menyelamat berjalan lancar,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!