Home Semasa 19 individu terperangkap tanah runtuh berjaya diselamatkan

19 individu terperangkap tanah runtuh berjaya diselamatkan

by Nurulhuda

SEMENYIH, 20 Dis – Seramai 19 individu yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Peres – Kuala Kelawang semalam berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.32 petang, semalam.

“Seramai 6 anggota dan pegawai serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bersama 11 anggota dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) bergegas ke lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Zulfikar berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya menemui 2 lelaki di mana salah seorang daripada mereka cedera kerana dihempap pokok yang tumbang.

“Selepas itu kita menemui 2 lagi lelaki berusia 22 dan 23 tahun pada jam 1.34 pagi tadi,” tambahnya.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat satu keluarga terperangkap dalam insiden tanah runtuh itu di lokasi sama dan pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa.

“Hasil pencarian dalam tanah runtuh itu, pasukan penyelamat menemui 17 lagi individu, termasuk empat kanak-kanak berusia antara lima hingga 54 tahun, pada jam 5.30 pagi tadi,

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal tetapi kelihatan lemah dan lesu,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!