Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat lancar buku perjalanan hidup seorang perwira

Tentera Darat lancar buku perjalanan hidup seorang perwira

by Nurulhuda

SUNGAI BESI, 17 Dis – Sasaranku Langit: Falsafah Hidup Sang Perwira, buku yang mengisahkan perjalanan hidup dan menghimpunkan pengalaman mantan Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Amir Baharudin (Bersara), dilancarkan pada hari ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Datuk Amir, merupakan mantan Panglima Latihan Tentera Darat yang dikagumi oleh segenap lapisan pegawai dan anggota TDM.

“Ketokohan serta kepakaran beliau, khususnya di dalam bidang latihan, telah berjaya melahirkan barisan kepimpinan TDM yang amat berwibawa,

“Sehubungan itu, himpunan pengalaman beliau telah diterjemahkan dan direalisasikan melalui penulisan buku ini, agar ianya dapat dijadikan pengajaran untuk dicontohi oleh generasi TDM masa kini dan masa akan datang,” jelas TDM.

Datuk Amir dalam ucapannya, berharap agar warga TDM dapat memanfaatkan setiap ilmu yang terkandung di dalam naskah tersebut, sebagai panduan di dalam perjalanan kerjaya seorang pegawai TDM.

Sementara itu, Zamrose turut mengakui ketokohan yang dimiliki oleh Datuk Amir yang juga dikenali dengan gelaran ‘Amir Guntur’, adalah satu nama yang tidak asing buat warga TDM pada ketika itu.

“Pengalaman dan buah fikiran beliau seharusnya didokumentasikan untuk dijadikan rujukan oleh warga TDM,

“TDM berharap buku ini, akan turut diangkat sebagai salah sumber ilmu dan rujukan buat generasi akan datang agar sentiasa memartabatkan sejarah ketenteraan,

“Semoga segala ilmu dan pengalaman beliau tidak dibiarkan dan hilang begitu sahaja ditelan zaman,” ujarnya.

Majlis ini turut diakhiri dengan acara simbolik penyerahan buku oleh penulis kepada mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Darat yang turut hadir dimana mereka juga merupakan sebagai sebahagian daripada bekas penuntut-penuntut penulis di Sekolah Tempur Pegawai Muda, Kota Belud, yang telah berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam TDM. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!