Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir keluar PATI Filipina ceroboh perairan Sandakan

Polis Marin usir keluar PATI Filipina ceroboh perairan Sandakan

by Nurulhuda

SANDAKAN, 14 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan bertindak mengusir keluar sebuah bot yang dinaiki oleh seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, berhampiran Pulau Berhala, pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Sandakan, Deputi Superintenden Polis (DSP) Rusdin Banin dalam kenyataannya memaklumkan operasi pengusiran tersebut dilakukan oleh sepasukan kira-kira jam 10.00 pagi.

“Semasa membuat rondaan dikawasan tanggungjawab, anggota telah mengesan bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas,

“Hasil pemeriksaan polis, mendapati PATI tersebut mendakwa berasal daripada Pulau Bakungan Filipina,

“Kemudian, bot tersebut di usir dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara,” jelasnya.

Rusdin Banin menjelaskan, pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Sandakan bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik COVID-19 dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara.

Pada masa yang sama, beliau menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan maklumat bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!