Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Maklumat penduduk setempat bantu Tentera Darat berkas 16 PATI Indonesia

Maklumat penduduk setempat bantu Tentera Darat berkas 16 PATI Indonesia

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 13 Dis – Seramai 16 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi 3 siri tangkapan Operasi Benteng (Op Benteng) di sekitar persisir pantai Teluk Ramunia.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, tangkapan pertama dilakukan melibatkan 9 PATI yang cuba masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah pada 12 Disember 2021 di Pantai Kampung Baru.

Menurutnya, serbuan tersebut adalah hasil maklumat dari penduduk setempat mengenai kemasukan PATI di lokasi berkenaan.

“Tim rondaan motosikal telah diaturgerakkan untuk membuat rondaan di sekitar kawasan tersebut bersama tim Quick Reaction Force (QRF) dan tim dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

“Serbuan telah dilakukan sekitar jam 8.55 malam dan berjaya menahan 9 PATI berkenaan,” jelasnya.

Manakala pada jam 4.20 pagi, pasukan telah mendapat maklumat daripada Pasukan Polis Marin (PPM) mengenai tangkapan 2 PATI di kawasan yang sama.

Kemudian, pada 6.30 pagi, tim QRF berjaya membuat tangkapan 5 lagi PATI yang merupakan saki baki dari tangkapan yang pertama.

“Kesemua 16 PATI merupakan lelaki warga Indonesia berusia sekitar 17 hingga 56 tahun,

“Mereka telah membuat saringan COVID-19 di Pos Tanjung Sepang di mana, hasil ujian saringan mendapati kesemuanya negatif COVID-19,

“Kemudian, mereka akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Setia Tropika, Kempas. Manakala, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Menurut 3 Div, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 5,827.15 melibatkan matawang Malaysia RM 751.00, Indonesia RP 7,573,100 (RM2,234.10), beberapa matawang asing yang lain beserta 8 buah telefon bimbit bernilai RM 2,762.05 dan sebuah jam tangan.

Tambahnya, atur gerak tim QRF dan tim dron ATM serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!