Home Pertahanan dan Keselamatan Syarikat Sukhoi dan MiG akan digabung jadi satu entiti

Syarikat Sukhoi dan MiG akan digabung jadi satu entiti

by Air Times News Network

MOSKOW, 4 Dis – Dua syarikat pengeluar pesawat Rusia, Sukhoi dan MiG akan digabungkan menjadi satu entity di bawah United Aircraft Corporation (UAC).

Pihak UAC dalam satu kenyataan berkata, cadangan penggabungan kedua-dua syarikat itu telah diluluskan oleh lembaga pengarah syarikat.

“Penggabungan kedua-dua syarikat ini merupakan satu detik bersejarah dan penting dalam industri penerbangan,

“Persiapan untuk mencapai matlamat penyatuan kedua-dua syarikat sedang dilaksanakan,” kata Pengarah UAC, Yuri Slyusar.

Dalam kenyataan yang sama, pihak UAC menegaskan penggabungan Sukhoi dan MiG adalah bermatlamat untuk memantapkan lagi industri aviasi di Rusia.

Menurutnya, jenama MiG dan Sukhoi akan dikekalkan walaupun penggabungan kedua-dua syarikat telah selesai. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!