Home Pertahanan dan Keselamatan Remaja ditahan menyamar ‘Mejar Shuhada dan Kapten Saufi’, liwat mangsa lelaki

Remaja ditahan menyamar ‘Mejar Shuhada dan Kapten Saufi’, liwat mangsa lelaki

by Air Times News Network

ALOR GAJAH, 3 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki berumur 19 tahun kerana dipercayai menyamar sebagai ‘Mejar Shuhada dan Kapten Saufi’ serta memiliki pakaian tentera di Taman Ayer Molek Perdana Kuala Sungai Baru, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada seorang pegawai tentera pada 30 November lalu.

Setelah menerima maklumat tersebut, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dan pegawai tentera dari Kem Terendak, Sungai Udang telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana Kuala Sungai Baru pada jam 9.15 malam.

“Hasil pemeriksaan, pihaknya menemukan beberapa barangan tentera antaranya pakaian, pangkat Kapten dan aksesori, 2 pasang kasut, tali pinggang Rejimen Artileri Diraja (RAD), beret merun, stoking hijau serta apulet loreng berpangkat Leftenan Kolonel,

“Siasatan awal, mendapati suspek mengaku memperolehi pakaian tentera tersebut dengan membeli secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata, susulan penangkapan suspek, telah membongkar satu kes liwat membabitkan beliau yang dilaporkan seorang lelaki yang mendakwa jadi mangsa dalam kejadian pada 23 hingga 25 November di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana.

Menurut Arshad, suspek juga disiasat berkaitan kes penipuan berjumlah RM21,400 dengan menyamar sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi bagi memperdaya seorang lelaki dengan masalah peribadi dan urusan perkahwinan melalui aplikasi WhatSapp.

Katanya, suspek ditahan remen selama 5 hari bermula 1 Disember di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!