KUALA LUMPUR, 30 Nov – Latihan bersama Maritime Training Activity (MTA) Malaysia 2021 telah menonjolkan keupayaan Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia untuk mencapai matlamat dalam mengekalkan keterbukaan serta kebebasan di Indo-Pasifik.
Latihan selama 8 hari ini dijalankan secara maya dan fizikal berhampiran Selat Melaka bermula 23 hingga 30 November 2021.
Menurut US Embassy Kuala Lumpur di laman sosial rasminya berkata, Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah meneruskan kerjasama selama 27 tahun melalui latihan bersama ini.
Katanya, latihan tersebut menunjukkan keupayaan penyelarasan termasuk menjalankan komunikasi yang kompleks semasa kapal belayar secara bersama
“Bidang tumpuan lain termasuk taktik permukaan air, selam mobil, latihan menyelamat, operasi pembekalan, latihan menembak dan pelupusan bahan letupan,” ujarnya. – airtimes.my
Galeri gambar: