Home Pertahanan dan Keselamatan 750 karton rokok seludup bernilai RM112 ribu dirampas

750 karton rokok seludup bernilai RM112 ribu dirampas

by Nurulhuda

KLANG, 28 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang telah berjaya merampas sebanyak 750 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM112,200 termasuk nilai cukai dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Batu 9, Puchong pada Sabtu.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan ke atas gudang tersebut dilaksanakan setelah pihaknya mengekori sebuah lori.

Beliau berkata, siasatan awal dijalankan mendapati sindiket menggunakan sebuah lori untuk menjalankan aktiviti membawa rokok seludup.

“Lori berkenaan diekori hingga memasuki simpang jalan mati di sekitar Kampung Pulau Meranti, bagaimanapun pemandunya bertindak melarikan diri dan meninggalkan lori itu di tepi jalan dalam keadaan enjin yang masih hidup,

“Hasil pemeriksaan bagaimanapun mendapati muatan lori itu kosong dan gagal menemui pemandu di dalam kawasan semak,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, penemuan lori berkenaan membawa kepada penemuan sebuah gudang yang dipercayai menjadi lokasi simpanan rokok tidak bercukai.

“Serbuan kemudian dijalankan di gudang berkenaan dan menemukan 15 kotak berisi 750 karton rokok yang dianggarkan berjumlah RM112,200 termasuk nilai cukai,

“Siasatan awal mendapati gudang itu dipercayai disewa sindiket untuk dijadikan pusat transit sementara sebelum rokok berkenaan diedarkan kepada pekedai,” tambahnya.

Shamsol berkata, pihaknya kemudian merampas rokok serta lori berkenaan dan dibawa ke PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!