MOSKOW, 27 Nov – Rusia mula menghasilkan peluru berpandu hipersonik Zircon untuk tentera laut mereka.
“Zirkon mula dihasilkan oleh NPO Mashinostroyenia walaupun ujian peluru berpandu hipersonik ini masih berjalan,” lapor agensi TASS.
Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum ini menyatakan peluru berpandu Zircon akan mula digunakan oleh Tentera Laut Rusia mulai tahun hadapan.
Kali terakhir ujian peluru berpandu hipersonik Zircon dilaksanakan adalah pada 18 November lalu di Laut Barent.
Peluru berpandu ini direka untuk mengempur sasaran permukaan laut dan darat. Zircon berupaya untuk terbang pada kelajuan Mach 9 (9 kali ganda kelajuan bunyi) dan mampu untuk menggempur sasaran pada jarak 1,000 kilometer.
Rusia telah merancang untuk memasang peluru berpandu ini pada kapal dan kapal selam mereka. – airtimes.my