Home Semasa Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik dikenakan PKPD mulai Ahad ini

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik dikenakan PKPD mulai Ahad ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di bahagian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, Raub, bermula pada esok  sehingga 11 Disember depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, tindakan itu diambil selepas meneliti penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta trend jangkitan COVID-19 di kawasan terbabit.

Jabatan Kesihatan Pahang telah merekodkan sebanyak 3 kes lokaliti, namun kluster yang ada belum dikenal pasti buat setakat ini.

Pusat pemulihan ini menempatkan sejumlah lebih dari 200 penghuni bagi menjalani rawatan dadah dan ianya diuruskan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, (AADK) Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Prosedur operasi standard PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,

Rodzi bagaimanapun memaklumkan tiada sebarang lokaliti sedia ada yang akan disambung lagi PKPD selain tiada kawasan ditamatkan sekatan secara bersasar tersebut pada esok. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!