Home SemasaGlobal Saab mulakan penghantaran Gripen E kepada Brazil dan Sweden

Saab mulakan penghantaran Gripen E kepada Brazil dan Sweden

by M.Daim

STOCKHOLM, 26 Nov – Syarikat Saab telah memulakan fasa penghantaran 6 buah jet pejuang Gripen E kepada Brazil dan Sweden.

Saab dalam satu kenyataan berkata, kesemua pesawat tersebut telah dipamerkan kepada delegasi kerajaan Brazil dan Sweden yang tiba ke fasiliti syarikat terbabit.

“Penghantaran 4 buah Gripen E kepada Brazil dan 2 Sweden merupakan satu pencapaian penting dalam program Gripen,

“Ini menunjukkan produk tersebut telah mencapai tahap matang dan pihak syarikat mampu untuk memenuhi tanggungjawab kontrak yang telah dimeterai,” kata Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Saab, Micael Johansson. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!