KIEV, 25 Nov – Tentera Ukraine dilaporkan telah menggunakan sistem anti armor Javelin buatan Amerika Syarikat ketika bertempur dengan kumpulan pemisah pro-Rusia.
Sistem persenjataan tersebut tetap digunakan oleh Ukraine dalam pertempuran di Donbass walaupun menghadapi ancaman serangan balas dari pihak Rusia.
“Penggunaan Javelin telah menyebabkan pihak Rusia untuk berfikir sejenak sebelum terus mengasak Ukraine,” kata Brigedier Jeneral Kyrylo Bidanov yang dipetik oleh media Australia.
Ini sekaligus mengesahkan Ukraine menggunakan aset pertahanan yang diimport dari Amerika Syarikat dalam krisis yang melanda di timur negara itu.
Sebelum ini, Ukraine telah mengesahkan penggunaan pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB2 keluaran Turki dalam operasi serangan balas terhadap kumpulan pemisah pro-Rusia.
Javelin merupakan sistem persenjataan yang amat dikenali dengan keupayaannya untuk menggempur sasaran kenderaan berperisa dan kereta kebal.
Sistem anti-armor ini mampu untuk menggempur sasaran sejauh 4.8 kilometer. – airtimes.my