Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan sudah rancang penghentian operasi Hawk – Hishammuddin Hussein

Kerajaan sudah rancang penghentian operasi Hawk – Hishammuddin Hussein

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan kerajaan telah merancang penghentian operasi pesawat Hawk 108/208.

Beliau menyatakan perkara tersebut di Dewan Rakyat, hari ini.

“Penghentian secara sistematik operasi Hawk 108/208 telah dirancang oleh kerajaan mengikut Pelan Strategik Keupayaan TUDM 2055 (CAP55),” jelas Hishammuddin semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerantut.

Menyentuh pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Trainer (FLIT/LCA), Menteri Kanan Pertahanan menjelaskan tender terbuka perolehan pesawat tersebut telah ditutup pada 6 Oktober lalu.

“Proses penilaian tender FLIT/LCA sedang dilaksanakan,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!