Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: Tentera tahan 14 PATI warga Indonesia masuki Malaysia secara haram

Op Benteng: Tentera tahan 14 PATI warga Indonesia masuki Malaysia secara haram

by M.Daim

BANDAR PENAWAR, 24 Nov –  Seramai 14 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia telah ditahan oleh Tentera Darat Malaysia dalam 2 kejadian tangkapan berasingan.

Pihak Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI terbabit baru tiba di negara ini secara tidak sah dengan melalui jalan laut.

Menurutnya, pergerakan bot yang membawa PATI terbabit telah dikesan oleh Radar Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) pada jam 2 pagi.

“Sekitar jam 3.30 pagi, anggota petugas Pos Pemerhati mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di perairan tersebut serta mengesan kelibat orang sedang menuruni bot menuju ke arah pantai,

“Serbuan yang dilakukan telah berjaya menahan 9 PATI,” kata kenyataan itu.

Jelas 3 Div, anggota tim Quick Reaction Force (QRF) dan dron dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) telah melaksanakan penjejakan saki baki PATI.

Penjejakan tersebut telah membawa kepada penangkapan 5 orang PATI yang dipercayai saki-baki kumpulan yang menceroboh masuk ke negara ini.

“Anggota QRF telah berjaya menahan 5 lagi PATI tidak jauh dari lokasi tangkapan pertama,” katanya.

Kesemua PATI yang ditahan adalah terdiri daripada 8 lelaki dan 6 wanita warganegara Indonesia yang berusia sekitar 20 hingga 45 tahun.

Saringan kesihatan COVID-19 telah dilaksanakan di Pos Tanjung Sepang sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas. – airtimes.my

Galeri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!