MOSKOW, 24 Nov – Kementerian Pertahanan India telah meluluskan draf perolehan raifal tempur teknologi Rusia, AK-203.
Draf perolehan tersebut akan menjadikan India sebagai negera pertama di luar Rusia untuk menghasilkan raifal tempur siri AK-200 keluaran Kalashnikov.
“Penghasilan raifal tempur ini akan bermula awal 2022 oleh syarikat Indo-Russian Rifles Private Limited,
“Kilang tersebut telah dibina pada tahun 2019 di Korwa, Uttar Pradesh,” lapor agensi TASS.
Jelasnya, India telah menetapkan jadual perolehan dan penghasilan raifal tempur AK-203 untuk tempoh 10 tahun.
“Sebanyak 70 ribu laras AK-203 akan dihantar secara terus dari Rusia ke India untuk tempoh 2 tahun dan 8 bulan,
“Selain daripada itu, lebih 600 ribu laras raifal ini akan dihasilkan bagi memenuhi keperluan Tentera India untuk tempoh 10 tahun,” kata laporan itu.
Perolehan AK-203 dilakukan oleh India bagi menggantikan raifal tempur keluaran tempatan, INSAS. – airtimes.my