Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 2 PATI cuba ceroboh masuk negara secara haram

APMM tahan 2 PATI cuba ceroboh masuk negara secara haram

by Air Times News Network

KUALA LINGGI, 21 Nov – Cubaan 2 pendatang asing tanpa izin (PATI) ceroboh masuk ke Malaysia gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, pada Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, pihaknya ketika sedang melakukan rondaan telah mengesan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan bergerak dalam gelap, di perairan Melaka sekitar jam 11.30 malam.

Menurut Haris Fadzillah, pihaknya bertindak menuju ke arah bot untuk membuat serbuan dan pemeriksaan sejurus menyedari kehadiran bot berkenaan.

“Menyedari kehadiran pasukan operasi, suspek telah bertindak memecut bot melarikan diri dan terus dikejar sehingga berjaya ditahan dalam tempoh masa hampir satu jam 30 minit, di kedudukan lebih kurang 0.1 baru nautika barat daya Tanjung Dahan, Kuala Linggi,

“Pemeriksaan mendapati bot fiber tanpa nombor pendaftaran menggunakan enjin 200 kuasa kuda dikendalikan 2 lelaki warga Indonesia berumur 35 dan 36 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Tambahnya lagi, siasatan awal, mendapati suspek merupakan PATI yang cuba menceroboh masuk ke dalam negara secara haram atau sedang menunggu hantaran untuk di seludup keluar.

“Bot serta 2 PATI yang ditahan telah dibawa ke Jeti Maritim Kuala Linggi untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!