Home Pertahanan dan Keselamatan 2 Transporter, tekong darat dicekup seludup PATI

2 Transporter, tekong darat dicekup seludup PATI

by Air Times News Network

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang tekong darat dan 2 transporter bersama 4 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di dalam kawasan kebun kelapa sawit pada jam 8.30, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pasukannya sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan kebun kelapa sawit dan penampakan seorang lelaki warga tempatan sedang menunggu PATI.

“Dalam operasi tersebut PDRM berjaya menahan 2 lelaki tempatan yang dipercayai Transporter dan membawa 4 orang PATI termasuk bayi berumur 7 bulan untuk keluar dari negara dengan bayaran RM2,000 setiap seorang melalui jalan tidak sah,

“Hasil semakan mendapati seorang lelaki tempatan mempunyai rekod lampau,

“PDRM telah merampas sebuah kenderaan, serangkai kunci, 5 buah telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM5,000.” Katanya.

Dalam pada itu, suspek yang dipercayai sebagai transporter dan tekong darat ditahan dibawah Akta SOSMA dan 3 orang PATI ditahan dibawah Akta Imigresen.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 4.1.Sek.26A ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!