Home Politik PRN Melaka: 476,037 akan tunaikan tanggungjawab mengundi hari ini

PRN Melaka: 476,037 akan tunaikan tanggungjawab mengundi hari ini

by M.Daim

MELAKA, 20 Nov – Seramai 476,037 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada hari ini.

Mereka akan menentukan nasib 112 calon yang bertanding di 28 kerusi DUN Melaka.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) berkata, waktu mengundi bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka ke-15 bermula seawal 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Pengundi dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir,” katanya.

Selain daripada itu, SPR menegaskan tempoh berkempen telah tamat pada 11.59 malam 19 November 2021.

“Semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk merayu undi,” jelas Datuk Ikmalrudin Ishak, Setiausaha SPR.

Malah, aktiviti rayu undi tidak dibenarkan termasuklah di luar Pusat Mengundi dan juga saluran media sosial.

Selain daripada itu, para pengundi, calon dan petugas turut tidak dibenarkan memakai pakaian atau membawa sebarang barangan yang mempunyai simbol parti mahupun berunsur kempen calon.

PRN Melaka ke-15 diadakan selepas DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober 2021 lalu. – airtimes.my1001

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!