Home Politik Turki bebaskan pasangan warga Israel dituduh mengintip

Turki bebaskan pasangan warga Israel dituduh mengintip

by Natasha Azereen

TEL AVIV, 19 Nov – Pasangan suami isteri, Natalie dan Mordi Oknin yang juga warga Israel, telah dibebaskan oleh Kerajaan Turki atas tuduhan mengintip negara Turki, semalam.

Kedua-dua pasangan tersebut sudah pun kembali ke Israel, pagi Khamis.

Pada minggu lalu, Natalie dan Mordi Oknin telah ditahan pasukan keselamatan Turki setelah disyaki mengintip negara itu apabila tindakan mereka berdua yang mengambil gambar di sekitar Istana Dolmabahce, iaitu istana Presiden di Istanbul, disedari pasukan keselamatan.

Pengumuman pembebasan pasangan ini telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dan juga menerusi Menteri Luarnya, Yair Lapid dalam satu kenyataan.

Kerajaan Israel turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan atas kerjasama yang diberikan oleh Ankara.

1000Media tempatan Israel Haaretz melaporkan, Naftali Bennett dijangka menghubungi Erdogan dalam masa terdekat. Ia perbualan pertama antara kedua-dua pemimpin negara berkenaan sejak 2013. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!