Home SemasaGlobal Indonesia negara ke-2 di ASEAN operasikan A400M

Indonesia negara ke-2 di ASEAN operasikan A400M

by M.Daim

DUBAI, 19 Nov – Kementerian Pertahanan Indonesia telah melakukan pesanan 2 buah pesawat Airbus A400M di Dubai Airshow.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak Airbus Defence and Space.

Ini sekaligus menjadikan Indonesia negara kedua di rantau ASEAN untuk mengoperasikan pesawat pengangkut strategik tersebut.

“Indonesia telah memesan sebanyak 2 buah pesawat A400M dengan pilihan untuk menambah 4 buah lagi,

“Kontrak perolehan baharu ini turut merangkumi pakej penyelenggaraan dan Latihan,” kata Airbus dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kontrak akan berkuatkuasa mulai tahun 2022.

“Perolehan baharu ini akan memperluaskan operasi peswat A400M di rantau Asia Pasifik. Pesawat ini akan menambah keupayaan kepada Indonesia dari segi operasi logistik dan mempertingkatkan kuasa udara mereka,

“Ini terutamanya apabila pesawat berupaya untuk melaksanakan operasi pengisian minyak di udara,” kata Ketua Eksekutif Airbus Defence and Space, Michael Schoellhorn.

Perolehan pesawat A400M oleh Indonesia bakal memperkukuhkan kekuatan udara negara itu.

Jelas Airbus, keupayaan pesawat A400M untuk mendarat di landasan yang pendek akan memperkuatkan angkatan udara negara kepulauan republik itu.

“Ini dibuktikan dengan pengoperasian A400M semasa misi bantuan bencana gempa bumi dan tsunami pada tahun 2018,

“A400M juga menjadi pesawat pertama untuk menghantar jentera berat termasuk trak dan jentera berat ke Palu,” kata kenyataan itu.

Pada tahun 2018, Tentera Udara Diraja Malaysia telah berjaya mendaratkan pesawat A400M di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufri pada 7 Oktober 2018. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!